Tinta Pengarah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof. Madya Ts. Dr. Salisa binti Abdul Rahman

Pengarah, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan izinNya laman sesawang Pusat Pembangunann dan Pengurusan Akademik (PPPA) dapat dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi salah satu tempat memberi informasi hal ehwal akademik UMT secara amnya.

Perubahan dan keperluan semasa mewajarkan UMT untuk melakukan penjajaran kepada struktur organisasi dan fungsi demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran bagi mendukung visi UMT menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global. 

Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan semua pihak berkepentingan UMT terutamanya pelajar dan ibu bapa untuk mengunjungi laman sesawang Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program pengajian yang ditawarkan dan prasarana yang disediakan oleh UMT. 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan laman sesawang Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik ini. Kejayaan ini dapat dikecapi atas semangat kerja, komitmen, dan dedikasi daripada semua yang terlibat.

Yang benar,

Prof. Madya Ts. Dr. Salisa binti Abdul Rahman
Pengarah,
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu

Feel free to email us…

Just write down some details and our staff will response as fast as possible

Verified by MonsterInsights