Prasiswazah

pengenalan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu yang berfokuskan kepada Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik. Universiti ini menawarkan 30 program pengajian kepada pelajar lepasan STPM/setaraf dan 2 program pengajian kepada pelajar lepasan SPM/setaraf.

Note: Pengambilan pelajar tertakluk kepada UPU

cara memohon upu?

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa (STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/Setaraf) hendaklah dihantar melalui Permohonan Dalam Talian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Semua program yang ditawarkan UMT dihebahkan di Karnival
Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U/IPT setiap tahun oleh bahagian promosi UMT.

Calon pelajar antarabangsa yang berminat untuk mendaftar program pengajian sepenuh masa hendaklah mengemukakan permohonan melalui permohonan dalam talian UMT.

Buat masa ini, semua kursus sarjana di UMT menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Klik pautan di bawah untuk memohon.

pelajar tempatan
Pelajar antarabangsa

syarat pengambilan