Tinta Pengarah

Selamat datang ke laman sesawang pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti (PPAK), Universiti Malaysia Terengganu.

Syukur kehadrat ilahi dengan izinNya laman sesawang PPAK dapat dibangunakan dengan tujuan untuk menjadi salah satu tempat memberi informasi hal ehwal akademik UMT secara amnya.

Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti (PPAK) merupakan gabungan tiga Pusat tanggungjawab iaitu Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Jabatan Pengurusan Akademik (JPA) dan Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik (PPPKA) sejajar dengan penstrukturan semula organisasi UMT pada 1 Ogos 2019.

Perubahan dan keperluan semasa mewajarkan UMT untuk melakukan penjajaran kepada struktur organisasi dan fungsi demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran bagi mendukung visi UMT menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan semua pihak berkepentingan UMT terutamanya pelajar dan ibu bapa untuk mengunjungi laman sesawang PPAK bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program pengajian yang ditawarkan dan prasarana yang disediakan oleh UMT.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan laman sesawang PPAK ini. Kejayaan ini dapat dikecapi atas semangat kerja, komitmen, dan dedikasi daripada semua yang terlibat.

Yang benar,

PROF. Ts. DR. NOOR MAIZURA BINTI MOHAMAD NOOR
Pengarah, Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti
Universiti Malaysia Terengganu