Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-24

Salam Maulidur Rasul 1448H EN

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-24

Salam Maulidur Rasul 1448H EN

UMT Siap Sedia 11,316 Skrol dan Transkrip Menjelang Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24 Konvokesyen Ke-24

Hebahan Terkini
UMT Siap Sedia 11,316 Skrol dan Transkrip Menjelang Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24 Konvokesyen Ke-24

KUALA NERUS, 9 Oktober – Persiapan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-24 berjalan lancar dengan operasi percetakan dan penyusunan puluhan ribu dokumen penting akademik kini berada di fasa akhir.

Urusetia Istiadat Konvokesyen di bawah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) UMT telah memulakan proses mencetak dan menyusun sebanyak 11,316 keping skrol serta transkrip bagi graduan program Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah.

Bagi melengkapkan persiapan tersebut, sebanyak 2,829 unit selongsong turut disediakan dan sedia untuk diserahkan kepada para graduan pada hari majlis berlangsung.

Pengurus Acara Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24, Zul-Atfi Hashim berkata, fokus utama pasukan urus setia pada ketika ini adalah melengkapkan ketelitian operasi berskala besar tersebut tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti.

"Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta urus setia yang bertungkus-lumus bekerja di sebalik tabir.

"Dedikasi, komitmen dan kerjasama padu yang ditunjukkan oleh setiap pihak amat luar biasa dan dihargai bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan persiapan istiadat konvokesyen kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah, pihak pengurusan sentiasa komited untuk memastikan perincian majlis bersejarah itu berjalan dengan penuh adat dan teratur, sekali gus memberikan kenangan yang paling bermakna buat para graduan dan ahli keluarga yang diraikan.
UMT Siap Sedia 11,316 Skrol dan Transkrip Menjelang Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24 Konvokesyen Ke-24
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more

Feel free to email us…

Just write down some details and our staff will response as fast as possible

Verified by MonsterInsights