Istiadat Konvokesyen
1. Bilakah tarikh Istiadat Konvokesyen UMT akan diadakan?
- Tarikh rasmi Istiadat Konvokesyen UMT akan diumumkan melalui laman web rasmi UMT dan media sosial rasmi sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan
2. Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen?
- Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal e-Konvo UMT. Graduan perlu melengkapkan borang pendaftaran dan membuat pembayaran Bayaran Graduasi dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Adakah kehadiran ke Istiadat Konvokesyen wajib?
- Kehadiran tidak diwajibkan, namun digalakkan bagi meraikan kejayaan bersama keluarga dan pihak universiti. Graduan yang tidak hadir tetap boleh mengambil skrol dan transkrip selepas menjelaskan Bayaran Graduasi.
4. Berapakah jumlah Bayaran Graduasi?
- Bayaran Graduasi biasanya merangkumi sewaan jubah, sijil, transkrip dan kos penganjuran. Jumlah bayaran akan dinyatakan di laman sesawang rasmi konvokesyen.
5. Dimanakah dan bila saya boleh mengambil Set Pakaian Akademik (Jubah), Skrol dan Transkrip?
Maklumat pengambilan Set Pakaian Akademik (jubah), skrol dan transkrip akan dimaklumkan menerusi Notis Konvokesyen atau laman web Konvokesyen. Graduan dikehendaki membawa bukti pembayaran semasa pengambilan.
6. Bolehkah saya mewakilkan untuk mengambil jubah atau skrol?
Graduan dibenarkan mewakilkan wakil namun wakil perlu membawa Slip Pengambil Set Pakaian Akademik (jubah) dan Surat Kebenaran yang ditandatangani oleh graduan serta salinan kad pengenalan graduan dan wakil.
7. Apakah pakaian yang perlu dipakai semasa Istiadat Konvokesyen?
Graduan perlu memakai pakaian formal lengkap dengan merujuk Etika Pemakaian yang telah ditetapkan seperti di Laman Web Konvokesyen UMT-Notis Konvo, berserta set Pakaian Akademik (jubah) yang disediakan.
8. Berapa orang tetamu boleh saya bawa?
Setiap graduan biasanya dibenarkan membawa 2 orang tetamu sahaja. Pas masuk akan diberikan semasa pengambilan Set Pakaian Akademik (jubah).
9. Adakah jurugambar rasmi disediakan?
Ya. Perkhidmatan jurugambar rasmi disediakan dan gambar boleh dibeli selepas Istiadat Konvokesyen melalui pautan yang akan diberikan.
10. Adakah data saya sebagai pelajar dilindungi?
Ya. Universiti mematuhi peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dan dasar keselamatan ICT universiti untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data.
11. Bolehkah saya mengakses data akademik saya sendiri?
Ya. Pelajar boleh mengakses data akademik masing-masing melalui sistem MyNemo menggunakan ID dan kata laluan yang sah.
12. Apakah fungsi perkhidmatan atas talian 'Custcare Akademik UMT'?
e-Custcare Akademik berfungsi sebagai medan maklumbalas pantas setiap pertanyaan pelajar yang berkaitan perkhidmatan Pengurusan Akademik UMT
Pembelajaran Digital
1. Apakah jenis sokongan atau bantuan yang disediakan oleh Bahagian Pembelajaran Digital, UMT?
Antara khidmat bantuan yang disediakan oleh Bahagian Pembelajaran Digital;
- Bantuan khidmat perundingan
- mengenai pembangunan
- kandungan pembelajaran digital
- Bantuan latihan/khidmat
- sokongan yang berkaitan e -Pembelajaran
- Penyediaan dan penyuntingan
- bahan kandungan PdP digital
- Pengurusan dan penyelenggaraan
- platform e-Pembelajaran
- Pembangunan Aplikasi Teknologi Imersif untuk PdP
- Khidmat bantuan dan sokongan
- teknikal berkaitan sistem e-Pembelajaran
- Penggunaan Studio e-Pembelajaran
2. Saya memerlukan khidmat bantuan semasa menggunakan platform e-Pembelajaran. Siapa yang perlu saya hubungi?
Sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan e-Pembelajaran, sila menghubungi pihak Bahagian Pembelajaran Digital melalui saluran berikut:
- Telefon: 09-668 4547 / 4829
- WhatsApp: 09-668 4547
- E-mel: el@umt.edu.my. LiveChat: @elearningplatform
- Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis, 8:00 pagi – 5:00 petang
3. Adakah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan garis panduan pembangunan SIM yang merangkumi rujukan untuk Guided dan Non-Guided/Independent?
Ya, sekiranya Pensyarah memerlukan Garis panduan pembangunan SIM untuk rujukan Guided and Non-Guided/Independent, sila rujuk:
https://elearninghub.umt.edu.my/
4. Apakah platform yang digunakan untuk pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (Open and Distance Learning, ODL) di UMT?
Untuk mengakses platform pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), boleh layari pautan berikut: https://epembelajaran.umt.edu.my/estuary/
5. Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan Artificial Intelligence dalam pembangunan Self-Instructional Material (SIM) ?
Penggunaan Artificial Intelligence (Al) tidak digalakkan dalam pembangunan bahan pengajaran sekiranya ia menghasilkan visual yang kurang tepat, kerana ia boleh menjejaskan ketepatan kandungan, integriti bahan pengajaran, dan membawa kepada visual yang tidak realistik.
6. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan khidmat perundingan berkaitan pembangunan Self Instructional Material (SIM) di UMT?
Untuk mendapatkan khidmat perundingan pembangunan Self Instructional Material (SIM) pensyarah boleh membuat tempahan melalui pautan berikut:https://support.epembelajaran.umt.edu.my/booking/
7. Boleh saya tahu pautan rasmi laman sesawang Bahagian Pembelajaran Digital, UMT?
Pautan rasmi bagi laman sesawang Bahagian Pembelajaran Digital, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ialah: https://elearninghub.umt.edu.my/
8. Apakah platform yang digunakan untuk mengakses kursus Massive Open Online Course di UMT?
Untuk mengakses platform Massive Open Online Course (MOOC) @UMT, anda boleh mengakses melalui pautan berikut: https://epembelajaran.umt.edu.my/bayou/
9. Bagaimana untuk log masuk ke sistem e-Pembelajaran UMT?
Anda boleh log masuk ke sistem Lentera melalui pautan https://epembelajaran.umt.edu.my/elearning/ menggunakan Nama Pengguna (ID) dan kata laluan rasmi anda.
10. Apa perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan?
Pihak kami hanya menguruskan aspek teknikal berkaitan e-Pembelajaran sahaja. Untuk sebarang isu melibatkan Mynemo/ Login/ Password/ Microsoft/ Internet atau masalah berkaitan komputer, sila hubungi terus ICT UMT melalui saluran Telegram di pautan
https://t.me/ICTUMT atau hubungi Kaunter ICT di talian 09-668 4490.
11. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan bagi pembangunan kandungan pembelajaran digital atau studio e- Pembelajaran di UMT?
Untuk membuat tempahan bagi pembangunan kandungan pembelajaran digital atau studio e-Pembelajaran di UMT, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Pembelajaran Digital atau mengisi tempahan melalui pautan yang berikut: https://support.epembelajaran.umt.edu.my/booking/
12. Dimanakah saya boleh dapatkan Panduan bagi Online Assessment and Evaluation, Universiti Malaysia Terengganu?
Untuk mendapatkan panduan bagi Online Assessment and Evaluation, tuan/puan boleh mengakses dan memuat turun panduan tersebut melalui; Guidelines for Online Assessment and Evaluation https://mynemo.umt.edu.my/appumt/uploads/iacademic/1373/Guidelines_for_Online_Assessment_and_Evaluation_UMT_(2024).pdf