Bicara Pengarah

Kata Aluan Pengarah Jabatan Pengurusan Akademik

Selamat datang ke laman web Jabatan Pengurusan Akademik.

Mulai 1 Januari 2013, Jabatan Pengurusan Akademik diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar.  Jabatan Pengurusan Akademik ditubuhkan untuk membantu Universiti dalam perkembangan akademik bagi melahirkan graduan berwibawa yang mampu bersaing dan berpengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing bagi menampung keperluan tenaga kerja Negara.

Di kesempatan ini, saya mengalu-alukan semua pihak dan pelajar untuk melawat laman web Jabatan Pengurusan Akademik bagi mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan oleh UMT.

Akhir kata , saya merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menyediakan laman web Jabatan Pengurusan Akademik.

Encik Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah
Pengarah Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu

©2017 2017 — Updated: November 27, 2017 — Total visits: 3,156 — On-line: 0