Latar Belakang

Jabatan Pengurusan Akademik ditubuhkan pada tahun 1979 dengan diberikan nama sebagai Bahagian Akademik . Sejak dari awal penubuhannya Bahagian Akademik diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendaftar. Sejajar dengan perkembangan pesat universiti, Bahagian Akademik juga turut berkembang.

Pada 1 Disember 2003, UMT (KUSTEM pada masa itu) telah membuat penstrukturan semula dengan memindahkan Bahagian Akademik daripada Pejabat Pendaftar ke Pejabat Timbalan Rektor (Akademik) yang kini dikenali sebagai Pejabat Timbalan Naib canselor Akademik dan Antarabangsa .

Selaras dengan penstrukturan semula yang telah dibuat, fungsi Bahagian Akademik turut berkembang. Kebanyakan urusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik di UMT telah dipusatkan ke Bahagian Akademik.

Dengan penjenamaan semula KUSTEM kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Bahagian Akademik dipindahkan di bawah naungan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dengan skop fungsi yang sama.

Pada tahun 2013, UMT mengalami proses penstrukturan semula dan Bahagian Akademik dipindahkan kembali ke bawah Pejabat Pendaftar dan diberi nama Jabatan Pengurusan Akademik.

Fungsi Jabatan Pengurusan Akademik

Jabatan Pengurusan Akademik bertanggungjawab dalam ;-

  • Mengurus Pengambilan Pelajar
  • Mengurus Pendaftaran Pelajar Baharu
  • Mengurus Pendaftaran Kursus Pelajar
  • Mengurus Rekod Pelajar
  • Menyelaras Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan Akhir
  • Menyelaras Peperiksaan Pelajar
  • Mengurus Konvokesyen
  • Mengurus Mesyuarat Senat

©2017 2017 — Updated: August 16, 2017 — Total visits: 173 — On-line: 0