Organisasi

Bahagian Akademik ditubuhkan pada tahun 1979, serentak dengan penubuhan universiti yang bermula sejak tahun 1979. Sejak dari awal penubuhannya Bahagian Akademik diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendaftar. Sejajar dengan perkembangan pesat universiti, Bahagian Akademik juga turut berkembang. Pada 1 Disember 2003, UMT (KUSTEM pada masa itu) telah membuat penstrukturan semula dengan memindahkan Bahagian Akademik daripada Pejabat Pendaftar ke Pejabat Timbalan Rektor (Akademik) yang kini dikenali sebagai Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Antarabangsa).

Selaras dengan penstrukturan semula yang telah dibuat, fungsi Bahagian Akademik turut berkembang. Kebanyakan urusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik di UMT telah dipusatkan ke Bahagian  Akademik.

Dengan penjenamaan semula KUSTEM kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Bahagian Akademik kini di bawah naungan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Fungsi Bahagian Akademik

Bahagian Akademik bertanggungjawab dalam;

  • Mengurus Pengambilan Pelajar
  • Mengurus Pendaftaran Pelajar
  • Mengurus Rekod Pelajar
  • Menyelaras Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan Akhir
  • Menyelaras Peperiksaan Pelajar
  • Mengurus Konvokesyen
  • Mengurus Mesyuarat Senat
  • Mengurus  Bilik Kuliah

BICARA PENGARAH

©2017 2017 — Updated: October 12, 2017 — Total visits: 1,550 — On-line: 0