Peperiksaan

NOTIS DAN ARAHAN MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2014/2015
(PROGRAM DIPLOMA)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2014/2015 (Program Diploma) akan diadakan pada 28 September hingga 16 Oktober 2014. Semua Pensyarah/Pemeriksa dimohon untuk menyerahkan satu set lengkap kertas soalan peperiksaan akhir kepada Penolong Pendaftar Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan masing-masing selewat-lewatnya pada 11 September 2014.

Manakala kemasukan markah akhir setiap kursus ke Modul Pensyarah di Portal Staf UMT (Portal MyNemo) akan dilakukan sendiri oleh Pensyarah/Pemeriksa. Sistem kemasukan markah ini dibuka sehingga 26 Oktober 2014. Mohon rujuk pautan URL di bawah untuk Notis Dan Arahan Mengenai Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2014/2015(Program Diploma) dan format kertas soalan.

1. Notis Dan Arahan Mengenai Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2014/2015 (Program Diploma)
http://upload.umt.edu.my/uploads/NOTISDANARAHANMENGENAIPEPERIKSAANAKHIRDIPLOMASEMI2014.2015.doc

2. Format Kertas Soalan
http://upload.umt.edu.my/uploads/FORMATMUKADEPANKERTASSOALANSEM.I20142015BM.doc

Kerjasama Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan dan Pensyarah/Pemeriksa mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan sangatlah dihargai agar proses peperiksaan dan mengeluarkan keputusan peperiksaan pelajar dapat berjalan dengan lancar, Insha Allah.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Panduan Manual Peperiksaan

Peraturan Peperiksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

©2017 2017 — Updated: October 14, 2018 — Total visits: 22,285 — On-line: 0